Wednesday, 4 May 2016

Spageti Daging

Okay kali ni nak share resepi spageti daging. Biasa biasa je cara penyediaanya tapi sedap dia lain macam. Lets start.

BAHAN:


1.   Mi spegeti
2.   Sos Prego
3.   Minyak (4sb)
4.   Bawang Holland (2 labu sederhana - dicincang)
5.   Bawang putih (4 ulas - dicincang)
6.   Daging cincang
7.   Air (sedikit)
8.   Lada hitam (biji - ditumbuk)
9.   Sos cili
10. Daun pudina



CARA PENYEDIAAN:

1. Pertama sekali, haruslah merendam mi spegeti tu dengan air yang mendidih.

2. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali. 

3. Masukkan bawang holland dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau. Saya prefer bawang          holland sebab dia rasa manis.

4. Bila dah naik bau dan dah bertukar menjadi warna keperangan, masukkan sos prego kedalam kuali.

5. Masak dalam 4 minit dan kemudian masukkan daging cincang. Masak sehingga daging nampak  masak.

6. Masukkan sos cili mengikut citarasa anda.

7. Masukkan sedikit air agar kuah tidak terlampau pekat. As for me, saya suka kuah tak terlalu pekat.  Sebab tu saya tambah air sikit.

8. Masukkan lada hitam yang dah ditumbuk. Saya suka masukkan lada hitam dalam semua jenis  makanan sebab saya suka rasa pedas dan rasa lada hitam tu.

9.  Okay kemudian masak sehinggala naik bau aroma yang harum meletup wangi menusuk kelubang  hidung.

10. Angkat kuah masukkan dalam bekas dan kemudian taburkan daun pudina atas kuah.

11. Siap dimakan bersama mi spegeti. Voila!



Sos spegeti (sekadar gambar hiasan)


Daging cincang (sekadar gambar hiasan)


Bawang Holland (sekadar gambar hiasan)


Spegeti daging. Nyummy (sekadar gambar hiasan) ;p

Tuesday, 3 May 2016

Bubur ala lambuk

Hey guys.

Okay. This is the second post. Memang bercadang nak buat ni blog resepi pon. Okey lets get started. Mesti pelik kan kenapa nama resepi ni bubur lemak. Since bulan puasa pon macam nak dekat dah. So it just popped up on my mind. To be honest even myself pon taktahu apa nama bubur ni sebab biasanya mama selalu masak bubur ni and just panggil bubur je. Never named this bubur. So today, i give it a name. Bubur lemak. Buruk nama dia tapi rasa dia aduhai. Hee. Check this out guys.

BAHAN:

  1. Beras ( ikut banyak mana or sikit mana mengikut jumlah hidangan)
  2. Batang serai ( 2 ke 3 batang dititik)
  3. Halia (3 cm)
  4. Santan instant (sekotak. santan ni pekat so pandai pandai adjust)
  5. Lada hitam (ditumbuk)
  6. Ikan bilis (segenggam ditumbuk)
  7. Kiub pati ayam (setiub)
  8. Ayam/udang/sotong (dipotong/dihiris)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Basuh beras. Kemudian tanak beras. Kuantiti air mesti lebih banyak berbanding dengan cara tanak nasi yang biasa tu.
  2. Tunggu dalam 20 minit. Bila dah menggelegak dan nampak macam dah nak masak tu then masukkan santan sekotak. Kalau gaiss suka berlemak pekat, masukkan je sekotak yang instant tu. Tapi kalau taknak terlalu pekat, masukkan half je.
  3. Masukkan halia dan batang serai. Biarkan selama 10 minit.
  4. Kemudian masukkan ayam/udang/sotong, lada hitam, ikan bilis, kiub pati ayam. Actually kalau taknak letak ikan bilis, gaiss boleh masukkan kiub pati je. Either one. Tapi saya suka masukkan ikan bilis sebab rasa dia bertambah sedap. Untuk lada hitam pulak, kalau suka pedas tumbukla banyak banyak lagi. 
  5. Masukkan garam secukup rasa. Then masak lagi dalam 15 minit. If kurang air, tambahkan air lagi.
  6. Kemudian, siap. Voila.